Sunday, 17 July 2016

Filled Under:

Sayu, tatkala menjaga isterinya yang sakit kerana kanser payudara, rupanya dirinya juga menghidap penyakit yang serius. Dia sanggup menjaga isterinya sampai tak tidur malam. Namun, Allah lebih menyayangi pasangan ini yang meninggal dunia pada 13 & 15 Julai lalu. Al-fatihah.


Bila saya tanya macam mana keadaan Cik Amy, dia hanya kata, "Cik Amy sakit ini, membuatkan Cik Amy semakin dekat dengan Allah. Cik Amy takut kalau Cik Amy dijout, tetapi Cik Amy kesian pada anak-anak. Macam mana diorang kalau Cik Amy tak ada? Kesian Cik G."

Sebelum Cik G meninggal, dia sempat meminta ampun maaf dari Cik G.

"Sayang pergilah dulu, nanti abang ikut," kata Cik G.

Cik Amy meninggal pada 13 Julai 2016 jam 12.28 pagi di hospital pada usia 37 tahun. Sedih Cik G jangan cakaplah, cint hati dia sudah pergi buat selama-lamanya.

Selepas Cik Amy dikebumikan, dia cakap pada adik beradik yang dia pun nak mati dah. Semua orang ingat dia beremosi kerana terlalu sedih. Dia langsung tak lalu makan dan mula lemah serta demam teruk.

Hari Khamis 14 Julai 2016, Cik G dibawa ke hospital sebab demam teruk. Sebelum pergi hospital, dia berpesan kepada anak sulungnya (perempuan, 16 tahun).

"Kak Long jaga adik-adik ye..." katanya.

Bila sampai di hospital, rupa-rupanya Cik G sudah semakin kritikal. Semua organ dalaman sudah mula tidak berfungsi. Usus bocor, buah pinggang buat hal, hempedu pecah. Allahuakbar.

Buat semua orang hairan macam mana Cik G mampu bertahan dengan sakit seperti itu. Doktor tidurkan Cik G, duduk di ICU. Dalam ICU, dua kali jantung Cik G berhenti. Semua sudah mula risau. Barulah semua adik beradik Cik G tahu yang Cik G sebenarnya sudah lama sakit.

Sebelum jantung dia terhenti buat kali kedua itu, dia tersedar dan meminta anak-anak dia datang. Dia tahu dia nak pergi dah. Allahu. Sedih betul masa ini, semua menangis. Semua adik beradik menangis dan call mana yang jauh untuk pulang melihat Cik G.

Oh lupa nak beritahu yang keluarga kami ini besar. Adik beradik baba ada 18 orang, 14 lelaki dan 4 perempuan. Yang sulung sudah meninggal dunia, yang lain semua masih ada. Cik G anak nombor 13, bawah baba dan yang paling rapat dengan baba.

Bayangkanlah kesedihan baba bila mendapat tahu adiknya kritikal. Baba sakit-sakit pun minta bawakan dia balik Ipoh nak tengok adik dia.

Tetapi Allah lebih sayangkan Cik G. Jumaat, 12.58 tengah hari, jantungnya terus berhenti. Pada usia 47 tahun, Cik G pergi buat selama-lamanya menunaikan janji yang dia akan menyusuli isteri tercinta. Cik G meninggalkan 5 orang anak yang berusia 3 tahun - 16 tahun. Sedihnya tak tahu nak cakaplah. Dalam tempoh 2 hari saja, anak-anak mereka menjadi anak yatim piatu.

Bila Cik G sudah tiada, barulah semua orang sedar yang selama ini bila Cik G sedih, menangis, bukan sebab isterinya sakit tetapi sebab dia pun sakit teruk. Dia risau dia akan pergi dulu sebelum isterinya.

Ketika menaip kisah cinta mereka ini pun, air mata saya tak berhenti mengalir. Saya rapat dengan mereka berdua. Kenangan bersama tak pernah berhenti berputar dalam ingatan.

Kepada yang membaca, sedekahkanlah Al Fatihah buat pasangan suami isteri ini. Mereka sudah berjanji sehidup semati. Doakanlah yang terbaik buat anak-anak arwah. Jika mampu, berikanlah sedikit sumbangan kepada mereka. Ibu bapa mereka sudah tiada, tempat mereka berlindung dan bermanja sudah tiada. Mereka perlukan kekuatan. Doakan mereka kuat, tabah dan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sesungguhnya perkara yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Mereka yang mati itu sudah selesai, tetapi kita yang masih hidup ini adakah sudah bersedia?

Gambar di atas adalah gambar keluarga mereka 4 tahun yang lalu sebelum ada anak bongsu mereka yang kini sudah berusia 3 tahun. - Aisyah Iskandar | PIXEL MEDIA




0 comments:

Post a Comment