Monday, 18 July 2016

Filled Under:

Lelaki Ini Ajak Isteri Bicara Tentang Neraka, Pengalaman Beliau Uruskan Kematian Buat Kita Muhasabah Diri



Isteri saya jadi pelik kenapa kita yg dah semulajadi Muslim ni pun ada kemungkinan lagi nak masuk neraka. Saya pun cerita la apa yang saya dengar daripada Ustaz Adam bin Said yang selalu mengajar kat Masjid Darul Iman kat Besut tempat saya dan adik beradik selalu dengar ceramah agama tiap malam isnin lepas solat maghrib.

Ustaz ni selalu pesan katanya sebenarnya mati kita ni mati yg tak selamat bila benda no 1 dalam hati kita ni bukan Allah. Dugaan paling dasyat sebenarnya datang masa kita tengah nazak nak meninggal nanti. Boleh jadi kita hidup ni sebagai orang Islam tapi bila nak nazak nanti tiba-tiba murtad. Tak mustahil langsung sebab masa nazak tu la hasutan syaitan adalah pada tahap paling maksimum!

Susah Nak Ucap Dua Kalimah Syahadah Secara Lisan Sebelum Meninggal!
Saya ada rahsia nak bagitahu semua. Selama saya handle berpuluh puluh kematian selama 6 tahun menjadi pelajar perubatan dari tahun 2009 sampai la tahun 2015 di Universitas Hasanuddin, Makassar yang mana populasi orang Islam di sana mencapai 90% saya tak pernah dapat saksikan sendiri orang yg boleh mengucap dua kalimah syahadah secara lisan sebelum meninggal. Saya berbaik sangka mungkin ada yg mengucap di dalam hati. Kita tak tahu kan. Cuma keajaiban kalimah Lailaha Illallah ni adalah kita boleh sebut tanpa membuka mulut. Kalau tak percaya korang boleh cuba sebut sendiri tanpa membuka mulut.Tambahan lagi lidah kita dilindungi oleh struktur tulang maxillofacial yang sangat kukuh in case kalau kita terlibat dalam kemalangan teruk kan. Ini sebenarnya hadiah daripada Allah untuk kita semua. Baik kan Allah?

Saya sambung lagi tanya isteri boleh tak dia bayangkan camne tu selama lamanya. Dia diam je. Saya pun bagi la dia satu perumpamaan. Saya dapat ilmu ni masa saya belajar kat Indonesia dulu. Kebetulan masa tu ada jemaah tabligh singgah kat masjid tempat saya nak solat maghrib. Alang-alang nak tunggu isyak saya dengar la ceramah seorang pakcik berjanggut ni.

Masa tu hati tengah keras. Dosa berbukit bukau dah. Tu yang hati gelap takde cahaya tu. Nak khusyuk solat apatah lagi. Biasa angkat takbir sedar-sedar dah tahiyyat. Tu tanda hati keras la tu sebenarnya. Pakcik janggut tu cerita pasal neraka sebenarnya. Saya dah lupa detail yg lain tapi yang saya ingat sampai sekarang adalah bila dia cerita apakah maksud ‘selama-lamanya’.

Dalam neraka nanti akan ada golongan tertentu yg akan berada di dalam neraka selama lamanya. Dia bagitahu selama lamanya tu camni. Dia suruh kami jemaah masjid semua bayangkan keluasan planet bernama bumi tempat kita tinggal sekarang. Seperti mana yang kita tahu luas permukaan ( surface area ) daratan Bumi adalah bersamaan dengan 149 juta kilometer persegi dan luas permukaan ( surface area ) lautan pula bersamaan dengan 361 juta kilometer persegi.

Pakcik janggut tu suruh kami bayangkan kami tabur kat setiap inci luas permukaan bumi ni dengan biji jagung. Saya termenung panjang juga supaya imaginasi saya sampai dengan apa yang dia suruh kami bayangkan. Lepas tu dia minta kami bayangkan setiap 100 tahun, ada seekor burung datang ke bumi dan makan sebiji jagung tu. Selepas makan jagung tu burung tu berlalu pergi dan akan makan kembali biji jagung kedua selepas seratus tahun lagi. Perumpamaan selama lamanya adalah tempoh masa yg burung tu ambil utk habiskan kesemua biji jagung yang memenuhi setiap permukaan bumi ni!

Bila saya cerita benda ni kat isteri saya nampak dia terdiam. Kami berdua akhirnya bisu. Masing-masing hanyut dengan keresahan masing-masing. Keresahan nak melalui alam selepas kematian.

P/ s : Saya Taufiq Razif bukan ustaz ye. Jadi saya minta tolong sangat kawan-kawan Ustaz betulkan jika ada maklumat di dalam penulisan saya yg menyalahi Hadis atau Al- Quran. Mengikut kefahaman yg saya ada , insyaAllah takde. Mohon sebarkan pada ahli keluarga yg kita nak hidup bersama mereka sampai ke syurga.

Sumber: Taufiq Razif




0 comments:

Post a Comment