Thursday, 23 June 2016
Filled Under:
Sebak kami membaca kisah anak-anak gadis yang terlanjur dan hamil anak luar nikah di Baitus Solehah ni.
Posted By:
gugelgile
on 15:22
tetangga ingin mencari anak angkat yang baru lahir. Jadi apabil bayi dibawa pulang dahulu, dihebahkanlah bahawa sudah dapat anak angkat. Dibuat kenduri doa selamat dan majlis cukur rambut bagi meraikan kehadiran anak angkat yang masih bayi.
Kerana maruah & ketaatan kepada keluarga, anak terpaksa ditinggalkan
Ada juga setengah ibu bapa berpindah rumah kekawasan baru, berjiran baru. Dikawasan rumah baru, jiran belum kenal dan tahu hal hal keluarga, jadi bila bawa pulang ibu dan bayi seseolah, anak itu sudah berkahwin dan pulang berpantang di rumah ibu. Suaminya kerja luar dan tidak sempat menguruskan isteri baru beranak. Lihat betapa payah, bukan sahaja diri sendiri tetapi keluarga yang terpaksa berlakon dan berbohong.
Sedarlah semua menyelamatkan ummah bukan tugas individu, semua pihak perlu mengambil peranan, dengan mengambil berat hal jiran, bertanya khabar , berziarah sekiranya lama tidak kelihatan.
Sebelum ini, sungguh sayu melihat apabila emak dan ayah yang datang hanya mahu membawa anak mereka saja dan bayi dipaksa ditinggalkan. Sekali anak diuji, jiwa raga dan emosi…antara anak atau emak? Nenek yang datang, usahkan nak memeluk, menyentuh, tengok pun taknak. Kasihan… Bayi tu langsung tidak bersalah, tidak ada kena mengena dengan dosa ibu ayahnyĆ , tetapi tidak mendapat hak untuk dipeluk, dikasihi dari keluarga kandung.
Petang tadi pun begitu, kerana maruah keluarga lebih utama, ketaatan kepada ibu bapa, bayi yang berusia satu bulan ini dipaksa tinggal di Baitus Solehah. Ketika ibunya mahu berangkat, menciumnya, terbit air dipenjuru mata. Meleleh perlahan lahan walaupun sedang tidor. Bayi ini sedar, dia tidak dibawa pulang bersama ibu, maka terputuslah air susu dia dengan ibunya. Sebulan bayi ini dibelai sayang dan kasih oleh ibunya, sepenuh penyusuan susu ibu, tiba hari ini dia terpaksa dipisahkan. Ibu dibawa pergi oleh nenek pulang ke rumah. Alangkah hiba apabila mengetahui keadaan sebenar.
Tak berupaya menyedarkan mereka yang sangat berpegang kepada apa orang kata
Saya pun tidak berupaya menyedarkan mereka yang sangat berpegang apa orang kata, nak letak maruah ni kat mana. Saya sangat malu, macamana nak sorok pipi, rasa muka disalut taik lembu. Kalau dah gitu, berlakon tak mahu, takde daya upaya nak memaksa pelihara cucu sendiri.
Akhirnya berpisahlah ibu dan anak. “Jika kau sayang anak, begitulah ibu juga, sangat sayangkan kau.” Si anak kembali ke rumah keluarga tanpa bayi yang sangat dikasihi.
“Kau baru satu bulan dah rasa sangat sayang pada anak, emak ini dah 20 tahun mengasuh engkau, bandingkanlah banyak mana kasih sayang emak kepada engkau.” Sambil mengesat air mata dengan hujung lengan baju.
La haw lawala quwata illah billah….
#Jangan tanya tentang anak angkat dan penyerahan anak angkat. Tertutup pertanyaan itu, dan tidak mahu dijawap lagi. Tidak perlu tanya tentang permohonan anak angkat tambah tambah bila ayat soalan “ada tak ibu yang tak nak anaknya, boleh hubungi saya” Soalan begini saya reject terus untuk mencalonkan sebagai keluarga angkat.
sumber: Baitus Solehah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment